Yang Mempesona

Tuesday, 21 February 2012

Laluan Baru ...

Salam and greetings to all. Ini adalah entry pertama aku sebagai pembuka tirai bagi tahun 2012 ni . Walaupun dah hampir 2 bulan kita berada di tahun 2012, kini baru aku dapat kembali berblog. Awal tahun ... masa yang agak sibuk untuk aku sehinggalah pertengahan bulan ini. Barulah sedikit reda .... dan aku bukan sahaja dapat kembali berblog tetapi dah juga kembali aktif dalam aktiviti outdoor aku.

Team leader kumpulan kami ...

Hujung minggu lepas aku telah megikut 1 team pendaki seramai 87 orang dalam usaha menjejak dan membuka laluan baru untuk ke satu kawasan air terjun ni.Sebelum ini orang hanya tahu terdapat hanya 1 laluan sahaja untuk sampai ke kawasan air terjun ni .... iaitu dengan meredah beberapa batang sungai. Tetapi kali ini ... team kami cuba untuk mencari laluan atau trail baru melalui jalan darat.
Wajah-wajah 1Dunia ... bukan lagi 1Malaysia

Pencarian kami bermula pada jam 9.20 pagi selepas semua berjaya menyeberang sungai yang airnya agak deras akibat hujan yang turun 2 hari sebelumnya. Perjalanan  yang boleh diibaratkan seperti 'roller-coaster' tu mengambil masa lebih kurang antara  2 jam 30 min hingga 3 jam , tidak termasuk perjalanan balik yang hampir sama masa. Laluannya agak licin, berlumpur dan bertanah merah. Kasut 'adidas kampung' pun tak cukup untuk membantu. Banyak kali jugak la aku terjatuh ... gara-gara tak sempat membrek ...hehhehehe
 
Tiba di kawasan air terjun pertama
Akhirnya ...lebih kurang jam 11.30 pagi kami semua selamat tiba di kawasan air terjun yang pertama. Ramai yang tak sabar hingga ada yang terus terjun walaupun sejuk . Kami semua berhenti untuk 'take 5' sementara team leader kami membuka laluan untuk ke kawasan air terjun yang satu lagi.
Berjaya ....
10 minit kemudian kami semua dipanggil oleh team leader untuk meneruskan pencarian laluan baru, tidak jauh daripada tempat kami berehat tadi.  Alhamdulillah kami semua selamat dan kawasan air terjun itu memang sangat cantik ... masih lagi belum tercemar. Apalagi .... acara mandi-manda diteruskan oleh mereka yang tak puas berendam di kolam pertama tadi. Manakala yang lainnya berehat sambil makan tengahari dengan bekalan masing-masing. 

Tepat jam 1.40 petang kami beransur turun dan lebih kurang jam 3.30 petang kami semua selamat sampai di kawasan parking. Laluan baru berjaya kami terokai .... alhamdulillah .
Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails