Yang Mempesona

Saturday, 14 April 2012

Berkebun di Hujung Minggu

Salam semua. Hujung minggu adalah hari yang ditunggu - tunggu. Hari untuk merehatkan fikiran selepas 5 hari bekerja ... bagi mereka yang bekerja . Termasuklah aku nie ... seorang penjawat awam. Hujung minggu adalah masa yang ditunggu - tunggu. Sebab bukan selalu dapat duduk kat rumah pada hujung minggu ni. Ada jea program atau aktiviti yang melibatkan hujung minggu. In fact, semalam pun dah bermula aktiviti Perkhemahan Perdana (untuk ahli -  ahli unit beruniform sekolah) di Dusun Eco Resort Bentong. Kali nie nama aku tak tersenarai sebagai AJK Pelaksana walaupun aku ni salah seorang daripada guru penasihat pasukan Kadet Polis.

So hari ni, dapatlah aku berehat di rumah . Sepatutnya aku keluar hiking hari ni  ke Bukit Apek / Bukit Saga Cheras. Tapi kerana my 2nd daughter tu  terpilih untuk mewakili sekolah KAFA Integrasi ke Pertandingan Marhaban & Berzanji peringkat zon, so tak dapat la join geng2 hiking tu. Sorry yea geng, lain kali I join !

Anyway, sebab hari ni agak free , ada la masa sikit nak jenguk my edible garden kat luar rumah tu. Dapatlah jugak keluarkan peluh sambil trim pokok-pokok yang ada. Kat edible garden tu, ada pokok daun kari, daun pandan, daun kaduk (sepanjang musim), serai, daun kesum , daun kunyit  dan ulam pegaga (semuanya tanam dalam pasu jea). Inilah dia ... my edible garden yang tak seberapanya ini !


 2 - in 1 , daun kunyit & pegaga

Kuntuman bunga kantan yang berwarna pink

Bunga kantan yang banyak khasiat dan kegunaannya


Daun pandan yang hijau merimbun.
Alhamdulillah, selain dapat keluarkan peluh dengan gardening nie, dapatlah jugak makan ulam yang fresh . Not to forget, dapat jimatkan sikit perbelanjaan pasar. Berbudi pada tanah, pasti ada hasilnya. Biasanya yang paling in demand ialah daun pandan & daun kari. Daun pandan nie selalu bagi kat kawan-kawan untuk buat air sirap dan buat acuan kuih tako ... projek bulan puasa kami , hehehhe. Daun kari selalunya  bawak ke surau bila ada gotong royong memasak dan daun kari diperlukan dengan banyak.

Wednesday, 4 April 2012

BerBBQ @ Bagan Lalang, Sepang

Salam and greetings to all . Lama tak jenguk blog nie ... sejak blog ni ada masalah teknikal sikit. So... sekarang  blog ni bolehlah dianggap ' under construction'  Tapi itu tak bermakna tak de cerita yang nak dikongsi bersama kawan-kawan kat sini.

Ada jugalah aktiviti hujung minggu yang aku buat walaupun sekarang aku agak sibuk tahap gaban kat sekolah. Bulan nie sahaja, boleh dikatakan setiap minggu ada program dan aktiviti. Sekarang ni di sekolah tengah sibuk dengan 5S, aktiviti ko-kurikulum daerah dan macam-macam lagi. Stress dan penat aku dibuatnya.

Anyway, berbalik cerita aku . Baru-baru nie masa cuti sekolah tu aku sempatlah juga adakan BBQ di Pantai Bagan Lalang, Sepang bersama keluarga dan beberapa orang rakan dari group hiking kami. Perancangan untuk BBQ ni dah lama sebenarnya ... tapi dek kekangan masa dan bilangan ahli keluarga tak mencukupi ( anak sulung di asrama) jadi kenalah tunggu cuti sekolah. Ini pun sebab kebetulan birthday anak sulung (bulan Mac) dan birthday aku ( Februari). No birthday cake ... no birthday party ! 

Bila dah lama tak camping ... sesekali tu seronok jugak. Selalunya berkhemah kat atas puncak gunung atau bukit .. tapi kali ni kat tepi pantai. Beza la sikit kan ! Yang paling seronok ...  mestilah anak-anak . Kita sebagai ibu bapa tumpang seronok bila anak-anak semuanya gembira.


Minum petang di Pantai Bagan Lalang, Sepang.

Sunset ... berdepan dengan Sepang Goldcoast, Bagan Lalang.

Awal- awal lagi dah pasang khemah ... sapa nak tido sila masuk

Ayam yang sedang dibakar 

When the night falls ... the bbq continues
Good nite everyone !
Good morning Malaysia !
Well, cukup untuk kali nie. Insyallah akan kembali berblogging dalam masa terdekat ini. Enjoy the pics taken at Bagan Lalang, Sepang.

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails