Yang Mempesona

Friday, 29 June 2012

Riadah Hujung Minggu @ FRIM






Kalau nak mandi - manda, berkelah pun boleh.


Macam kat luar negara la pulak ...


Suasana di dalam kawasan FRIM

Salam semua . Stop sekejap cerita tentang eksplorasi ke Cambodia. Kali ni nak share pasal riadah santai pada hujung minggu lepas. Dah lama tak mendaki bukit ... rasa macam berat jea bila nak mulakan balik. Tapi baru2 ni ... dapatlah join untuk aktiviti riadah santai dengan kawan2 sekolah Mr. Hubby. Sesi mendaki ada la jugak ... tapi bukanlah jenis yang hardcore punya , kira ok la. Kalau tak ... mau jugak semput dibuatnya. Tempatnya di FRIM, Kepong. Kawasan FRIM ni sangat luas ... dan macam2 aktiviti boleh dilakukan seperti berbasikal, mendaki, berjoging, berkelah dan macam-macam lagi. Ibarat iklan Astro ... macam- macam ada !






Aktiviti santai kami bermula jam 8.30 pagi dan berakhir lebih kurang jam 10 pagi. Tak lama .. tapi keluar jugaklah peluh ! Penat tak terasa sangat sebab kami semua sangat santai ... penuh dengan gelak ketawa sepanjang hiking tu ! Apapun, tempatnya sangat best! So, apalagi ... enjoy the pics & have a nice weekend!

Saturday, 23 June 2012

Cuti2 Cambodia : SIEM REAP - Day 1

Salam semua. Ni nak sambung lagi cerita cuti2 Cambodia. Kali ni cerita di Siem Reap. Perjalanan dari Phnom Penh ke Siem Reap dengan bas mengambil masa 6 jam. So, tiket kami ke Siem Reap adalah jam 1.30 petang waktu tempatan. Sementara menunggu jam 1.30, kami tumpang berehat di bilik kawan kami ( kenal di forum sewaktu mencari maklumat tentang Cambodia) sehingga jam 12.00 tengahari iaitu waga.ktu utk check-out. Kawan kami pun nak ke Siem Reap juga tapi dengan menaiki bas malam. Tapi disebabkan kami dah tempah bilik di Siem Reap pada hari tersebut, maka kena teruskan jugak. Kalau tak rugi 1 hari bayaran untuk bilik.
Hujan di pertengahan perjalanan .
Align Left

Perjalanan dengan mini van melalui jalan kampung ...tak ada highway macam kat Malaysia Tetapi sepanjang perjalanan kami dapat melihat pemandangan sawah padi di kiri kanan jalan. Walaupun kami naik mini van, van ni berhenti rehat selama 20 minit di restoran ... macam bas ekspres jugak la. So, sapa yang nak makan , minum , pergi tandas, semuanya boleh. Lebih kurang jam 6.45 petang kami sampai di Siem Reap.




Dari pejabat syarikat bas tersebut, kami menaiki tuk-tuk untuk ke tempat tinggal kami iaitu di Jasmine Lodge. Tempahan dibuat secara terus melalui email. Disebabkan kepenatan kerana perjalanan tanpa henti pada hari tu, maka malamnya kami hanya berehat di guesthouse sahaja. Tetapi sebelum tu, kami telah berjanji dengan tuk2 driver kami iaitu Mr. Ra untuk aktiviti keesokannya iaitu city tour & ke Tonle Sap.

Align Left


Jasmine Lodge USD18/night


Tuesday, 19 June 2012

Cuti2 Cambodia : KUL- PHNOM PENH

Kena isi borang VOA sebelum mendarat di PP

Nak beli local SIM card ...


Yang paling depan tu ... is our tuk2 driver Sothy.

Salam semua. Ini adalah entry tertunda sebabnya segala urusan mengisi markah peperiksaan secara online baru jea selesai. So ... barulah nak concentrate kat blog ni ... nak buat entry baru.

Minggu ni dah minggu kedua persekolahan selepas bercuti agak panjang sikit. Pada awal cuti ... macam biasalah terlibat dengan program akademik untuk pelajar - pelajar Tingkatan 5. Bila dah selesai barulah boleh pergi berehat-rehat.

Destinasi kali ni adalah ke Cambodia atau Kemboja dalam Bahasa Melayu. Kebetulan dapat tiket murah AA tahun lepas ... tak la murah sangat pun RM909 (return) untuk 3 orang untuk Phnom Penh. Percutian kami bermula pada 28/5/2012 . Flight jam 6.45 pagi dari LCCT ke Phnom Penh. Jadi ... jam 3.45 dah nak check-in. Apalagi ... tidur kat airport la jawabnya ... Ingatkan flight on time tapi tak ... lebih kurang jam 7.15 pagi baru take - off. Penerbangan ke Phnom Penh lebih kurang sama jea ke Vietnam , 1 jam 40 minit. Lebih kurang jam 7.55 ( waktu tempatan ) kami selamat tiba di Phnom Penh.

Selesai urusan kastam & imigresen , kami pun keluar dan telahpun menunggu seorang tuk-tuk driver dengan nama aku terpampang kat kertas A4. Tuk-tuk driver tu sebenarnya adalah tuk-tuk driver yang telah digunakan perkhidmatannya oleh seorang kawan yang aku kenal di forum semasa aku study pasal Kemboja ni. Dia sampai 2 hari lebih awal di PP. Masa di sana dialah yang banyak bantu aku . In fact kami saling bantu - membantu sebenarnya ... sebab kami semua first time travel di Kemboja ni .

Dari airport kami ke Bandaraya Phnom Penh ...lebih kurang 30 minit perjalanan. Agak jauh juga ... Tiba di bandaraya Phnom Penh tuk-tuk driver , Sothy namanya membawa kami ke stesen bas kerana kami akan terus ke Siem Reap pada sebelah petangnya. Satu yang menarik pasal tuk-tuk driver nie ... dia patuh dgn arahan kawan aku tu. Lepas beli tiket bas, kami ke hotel penginapan kawan forumer aku tu tuk bertemu muka for the 1st time ! Sebelum ni kami hanya berhubung melalui telefon, SMS, dan pesanan di dalam forum.

That's all for now. Enjoy the story and the pictures .

- TO BE CONTINUED -

Saturday, 9 June 2012

Jalan - Jalan Ho Chi Minh City - Siri 3

Jalan - jalan @ Saigon Square

On the way ke Central Post- Office

Posing lagi ...

Bilik 202 ... port untuk segalanya

Dah nak balik KL ... masing-masing tersenyum puas

Salam semua,
Dah lama sangat blog ni sepi dari sebarang entry baru. But still, thanks pada kawan-kawan yang masih sudi singgah ke blog ni. Bukannya tiada cerita nak dikongsikan tapi kekangan masa untuk menulis membuatkan blog ini tidak berentri baru.

Bulan lepas , sewaktu cuti umum sempena Hari Wesak, aku ke Ho Chi Minh City lagi. Trip yang dah masuk siri ke -3. Bukannya apa ... trip ni sekadar bawa kawan-kawan yang belum lagi pernah sampai ke sana. Tema trip kali ni ialah ' Free & Easy ... Shop Till You Drop'. Ini tema yang kami semua cipta memandangkan trip ni lebih kepada trip beli-belah untuk persediaan hari raya puasa ( walaupun bulan puasa pun belum tiba lagi ... hehehhe)

Trip kali ni boleh dikatakan sebagai 'all ladies trip' sebabnya semuanya ahli2 rombongan cik kiah ...hehehhee. Flight kami ke HCMC dari LCCT adalah pada jam 9.15 pagi (first flight ) dan balik ke Kuala Lumpur adalah dengan flight terakhir iaitu jam 9.10 malam (waktu tempatan). Bila sampai ke HCMC, masih awal lagi. Terus jea naik bas dari airport untuk ke pasar Ben Thanh . Sampai jea ke last bus- station, kami terus check-in di hotel. Lepas jea hilang penat dan selesai solat, kami pun mulakan misi ... survey apa2 yang patut di kedai2 sekitar Ben Thanh. Ada yang masuk ke pasar Ben Thanh, ada yang ke kedai cermin mata untuk tempah cermin mata, ada yang masuk butik pakaian siap ( baju kurung, jubah dan telekung). Pendek cerita, masing-masing tau ke mana nak dituju sebab hotel memang tak jauh daripada tempat untuk shopping. Aku ... hanya ke pasar untuk beli kain cotton especially kain cotton jenis berkaki (yang memang ada peminat tersendiri) sebab mungkin di sini masih belum ada di pasaran.

Overall, trip kali ni walaupun 3H 2M, masih lagi berbaloi. Maing-masing sangat berpuas hati dengan hasil rampasan daripada HCMC. In fact, ada yang dah tempah tiket AA untuk tahun 2013 punya trip. Semuanya gara-gara " kakak ... murah-murah" tapi memang betul pun murah :) !
Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails