Yang Mempesona

Wednesday, 18 January 2017

Selamat Tahun Baru 2017.

Tahun 2017 muncul kembali. Selamat Tahun Baru 2017 buat semua teman-teman bloggers sekalian.
Moga tahun 2017 ini menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Pastinya terlalu banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupan kita semua selama aku 'hilang' seketika daripada dunia blogging ini. 

Terlalu banyak peristiwa dan perubahan yang berlaku di dalam kehidupan, keluarga dan juga kerjaya. Transformasi  di dalam bidang pendidikan  juga telah membuatkan kehidupan serta kerjaya berubah. Proses transformasi itu sedikit sebanyak menuntut perhatian yang lebih untuk keluarga dan kerjaya.

Alhamdulillah tahun ini ... anak-anak telah meningkat dewasa dan telah melanjutkan pelajaran ke kolej dan juga sekolah menengah dan kehidupan  agak lebih teratur.   Syukur alhamdulillah. Namun begitu perjalanan hidup mereka masih jauh dan pada masa yang sama usiaku makin meningkat. Aku sedar tentang itu... tetapi adakah mereka juga menyedari dan merasai apa yang aku rasakan?


SELAMAT TAHUN BARU 2017 DARIPADA KAMI SEMUA






No comments:

Email me at : myza@mypesona.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails